ARTIKEL

Pergerakan antara zon di S’wak masih dilarang – Uggah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pergerakan antara zon masih tidak dibenarkan di Sarawak, tegas Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, larangan ini adalah mengikut prosedur operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak yang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan sehingga 15 Mac ini.

“Maka pergerakan antara zon di Sarawak masih memerlukan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah di semua negeri kecuali Sabah bermula 5 Mac ini selepas tiada lagi negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, JPBN Sarawak dalam kenyataan menjelaskan, PKPB di negeri ini dilanjutkan untuk tempoh 14 hari mulai dari 1 hingga 15 Mac ini.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)