ARTIKEL

Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Abdullah Zulkifli.

Pergerakan rakyat Sarawak ke Kalimantan semakin rancak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah kunjungan rakyat Sarawak ke Kalimantan, Indonesia meningkat luar biasa pada tahun ini, kata Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Abdullah Zulkifli.

Menurutnya setakat tahun ini, sejumlah 23,000 kemasukan rakyat Sarawak ke Kalimantan direkodkan melalui pintu sempadan darat.

“Dari data yang kami peroleh, jumlah kunjungan rakyat Sarawak ke Indonesia melalui jalan darat lebih banyak melalui Biawak-Aruk, yang menuju Sambas dan Singkawang.

“Manakala melalui Tebedu-Entikong, jumlahnya sekitar 1,000 orang sehari,” katanya ketika ditemu bual selepas sesi taklimat Program Lawatan Media-Pempengaruh ke Jakarta dan Bandung di pejabat Konsulat Indonesia di Kuching, kelmarin.

Justeru, beliau menjangkakan faktor kemasukan rakyat Sarawak untuk melawat khususnya ke Sambas dan Singkawang itu adalah disebabkan laluan darat yang lancar di antara Sarawak dengan Kalimantan Barat.

Sementara itu, Abdullah berkata Sarawak menerima kira-kira 700,000 kemasukan warga Indonesia pada tahun lepas menerusi pelbagai pintu masuk sempadan, sekali gus mencerminkan hubungan pergerakan rakyat yang semakin erat di antara kedua-dua wilayah.

“Jadi selain kunjungan rasmi, mungkin juga ada kunjungan tidak rasmi kerana ada wilayah yang berdekatan sehingga mudah untuk keluar masuk,” katanya.

Sementara itu, berkaitan Program Lawatan Media-Pempengaruh ke Jakarta dan Bandung yang dijadual pada 16 hingga 20 November ini, Abdullah berkata lawatan berkenaan bertujuan mempererat hubungan antara dua negara dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya.

Beliau menambah, lawatan itu juga bersempena dengan penerbangan terus Kuching-Jakarta oleh syarikat penerbangan Sarawak, AirBorneo yang akan dilancarkan esok.

BERITA LAIN

WFL FC Rangkul Dua Kejuaraan PYFCT Bintulu

KUCHING: WFL FC melakar kejayaan berganda apabila merangkul kejuaraan kategori bawah 14 tahun (B-14) dan bawah 16 tahun (B-16) Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS

BERITA TERBARU

WFL FC Rangkul Dua Kejuaraan PYFCT Bintulu

KUCHING: WFL FC melakar kejayaan berganda apabila merangkul kejuaraan kategori bawah 14 tahun (B-14) dan bawah 16 tahun (B-16) Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS