ARTIKEL

Datuk Seri Fatimah Abdullah bergambar bersama hadirin pada Majlis Perjumpaan Pergerakan Wanita PBB Zon 1 di sebuah hotel di Kuching baru-baru ini. - Foto: UKAS

Pergerakan Wanita PBB Sarawak diseru sentiasa bersedia membantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diseru sentiasa bersedia membantu rakyat dalam pelbagai situasi.
 
Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata semangat bersatu padu ditunjukkan oleh ahli yang sanggup membantu semasa pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
 
“Sikap yang bersatu padu ini juga ditunjukkan dengan keseragaman pakaian pada perjumpaan kali ini, dan walaupun masih sibuk dengan Mesyuarat Agung Pemilihan Ranting dan Mesyuarat Cawangan,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Pergerakan Wanita PBB Zon 1 di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
 
Sementara itu, Naib Ketua III Pergerakan Wanita PBB Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berharap ahli Wanita PBB mencerminkan semangat berani yang dilihat dalam warna merah logo PBB.
 
Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, serta Ketua-Ketua Wanita PBB Zon lain.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan