ARTIKEL

Dr Ammar Redza Ahmad Rizal

Perhalusi semula pemberian wang saku kepada pelajar IPT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu memperhalusi semula pemberian wang saku kepada semua pelajar Sarawak yang mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara dengan mempelbagaikan bentuk bantuan.

Ahli akademik, Dr Ammar Redza Ahmad Rizal berkata ia termasuk pemberian baucar buku, bantuan untuk bahan membantu pembelajaran seperti komputer riba ataupun tablet atau langganan sumber pembelajaran berkaitain generatif kecerdasan buatan (AI) seperti perplexity.

“Semua ini boleh dilakukan jika pihak Yayasan Sarawak mendapatkan butiran apakah bentuk perbelanjaan yang digunakan oleh para pelajar ini.

“Ia juga membantu untuk merangka dasar pemberian bantuan yang lebih terarah dan komprehensif,” katanya yang dihubungi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa semua pelajar Sarawak yang mendaftar di IPT di seluruh negara akan menerima wang saku RM1,200 daripada Kerajaan Sarawak mulai tahun depan, tanpa mengira tahap pendapatan keluarga mereka.

Dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, beliau berkata pelajar-pelajar terbabit mewakili kumpulan bakat masa depan negeri, dan tumpuan mereka harus kekal sepenuhnya pada pengajian tanpa kebimbangan kewangan yang menghalang mereka.

Menurut Dr Ammar, beliau sangat menghargai pemberian wang saku kepada pelajar itu, dengan menyifatkan ia adalah cara terbaik untuk membolehkan mereka berasa lebih semangat belajar.

Tambahnya, inisiatif itu sangat bagus untuk mendokong kemaslahatan pelajar dari Sarawak bagi membantu mereka dalam pengajian tinggi.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan populis itu jika berterusan tanpa ada langkah-langkah intervensi (seperti merangka fomula pemberian bantuan) akan memberi kesan kepada kerajaan negeri sendiri.

“Rakyat Sarawak akan melihat bantuan ini adalah wajib dan mereka akan sentiasa menginginkannya.

“Mesej dan pemahaman ini mendatangkan kesukaran apabila keadaan ekonomi berada pada tahap yang tidak baik. Untuk sekarang, ketika ekonomi yang baik, memang tidak dilihat bermasalah,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan