ARTIKEL

Fatimah serta ahli Majlis Tertinggi Wanita PBB seusai Mesyuarat MTWPBB Bil. 7/2025 di Kuching, semalam.

Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita PBB Sarawak pada 14 Feb

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak akan berlangsung selama sehari pada 14 Februari depan.

Ketua Pergerakan Wanita PBB, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata ia akan diadakan pada hari pertama Perhimpunan Agung Parti PBB Sarawak ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang bertemakan ‘PBB Tonggak Kestabilan, Kemajuan dan Kelestarian”’.

“Majlis Perasmian Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti PBB Sarawak akan diadakan pada hari yang sama (14 Februari), dan dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaku Presiden Parti PBB.

“Sehubungan itu, Majlis Tertinggi Wanita Parti PBB (MTWPBB) sedang giat melakukan persiapan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan perhimpunan agung itu nanti,” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, jelasnya, Majlis Makan Malam Selamat Datang Pergerakan Wanita Parti PBB Sarawak akan diadakan sehari sebelum perhimpunan, iaitu pada malam 13 Februari.

Fatimah menegaskan bahawa MTWPBB menyokong penuh kepimpinan Premier Sarawak dalam usaha merealisasikan visi pembangunan wilayah yang inklusif dan progresif serta berteraskan kesejahteraan rakyat.

“Wanita Parti PBB terus berdiri teguh di belakang Premier Sarawak dalam memainkan peranan yang signifikan, terutama pembangunan sosial, ekonomi dan politik Sarawak.

“Tujuannya, menjayakan aspirasi Sarawak menuju masa depan yang lebih gemilang,” ujarnya.

Ketika mempengerusikan Mesyuarat MTWPBB Bil. 7/2025 yang dihadiri 40 ahli, beliau menyatakan Mesyuarat Agung Ranting dan Mesyuarat Perwakilan Cawangan Pergerakan Wanita Parti PBB Sarawak berjaya diselesaikan pada hujung Disember lalu.

“Tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa ranting dan cawangan wanita Parti PBB yang baharu bagi penggal 2024-2027,” tambahnya.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang