ARTIKEL

LINTAS HORMAT…Sekitar perhimpunan terakhir Mancha yang dihadiri lebih 300 pegawai serta anggota polis, hari ini. Photo Aliff Noni.

Perhimpunan Terakhir Mancha sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lintas hormat dua helikopter dan laungan semangat lebih 300 pegawai serta anggota polis menjadi detik penuh emosi buat Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata yang menghadiri perhimpunan bulanan terakhirnya hari ini.

Suasana di padang kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak itu bertukar sebak apabila Mancha, anak jati Iban pertama memegang jawatan tertinggi polis negeri, menutup tirai perkhidmatan lebih 30 tahun sebelum bersara wajib pada 29 September ini.

“Ini perhimpunan terakhir saya sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak. Walaupun bersara, hati dan jiwa saya tetap bersama dengan pasukan ini,” katanya pada Perhimpunan Bulanan di Padang Kawad IPK Sarawak, hari ini.

Mancha turut menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua jabatan, ketua polis daerah serta sembilan pegawai narkotik atas kejayaan membongkar operasi dadah besar-besaran, baru-baru ini.

Lintas hormat dua helikopter Unit Udara Polis (PGU) yang berlegar rendah di ruang udara IPK menambah suasana sayu, seakan-akan melambai pergi seorang pemimpin yang dikenali sebagai seorang yang tegas, namun dekat di hati anak buahnya.

Mancha memulakan kerjayanya bersama pasukan elit VAT69 di Perak sebelum menggalas tanggungjawab di Briged Gerakan Am (PGA) Sabah dan Sarawak. Beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak pada 2021, sebelum menerajui pasukan negeri ini sejak November 2023.

Esok, beliau akan menyerahkan tugas secara rasmi kepada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah yang berasal dari Lawas, dalam majlis di IPK Sarawak sambil disaksikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, CP Datuk Ibrahim Darus.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

BEFR terima Anugerah Platinum MyTQA

BORNEO Empurau Farm & Resort (BEFR), destinasi pertanian dan ekopelancongan bersepadu seluas 69 ekar yang terle-tak di Tarat, Serian, berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij pada peringkat