ARTIKEL

Perhitungan juara Tarang FC, KBSB 1 petang esok

PIALA PERPADUAN ADUN ASAJAYA EDISI KE-57 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah 2025 melabuhkan tirainya petang esok.

Sekali gus, menyaksikan pertembungan dua pasukan pilihan KBSB 1 dan Tarang FC untuk penentu gelaran juara edisi ke-57 pada perlawanan akhir yang dijadual berlangsung di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya pukul 3:00 petang.

Kedua-dua pasukan terbabit berjaya mara ke pentas final selepas menumpaskan lawan masing-masing petang tadi.

KBSB 1 menumpaskan Tabuan FT (5-4) menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat (1-1) untuk masa penuh perlawanan.

MANTAP…Barisan pemain Tarang FC.

Manakala, Tarang FC berjaya mara selepas mencatat kemenangan tipis (1-0) ke atas Tambirat United.

Kekalahan itu menyaksikan Tabuan FT dan Tambirat United menduduki tempat ketiga bersama.

Pengerusi Kejohanan, Jalek Jaafar memberitahu, aksi final antara KBSB 1 dan Tarang FC petang esok dijangka menarik.

Katanya, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan setara, selain dibarisi ramai pemain berpengalaman.

“Aksi final yang dijangka menarik antara KBSB 1 dan Tarang FC petang esok dalam usaha kedua-duanya memburu gelaran juara,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Majlis penyampaian hadiah dan penangguhan rasmi petang ini akan disempurnakan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap ADUN Asajaya, Datuk Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU