ARTIKEL

Perhutanan tani tingkat kelestarian ladang sawit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ladang kelapa sawit perlu menerima amalan perhutanan tani kerana pendekatan ini mampu meningkatkan biodiversiti dan kelestarian, kata seorang pakar.

Pakar Pusat Penyelidikan Pertanian Perancis untuk Pembangunan Antarabangsa (Cirad), Profesor Alain Rival berkata perhutanan tani membabitkan penggunaan tanah yang menggabungkan pokok dengan tanaman atau ternakan atau keduaduanya.

Melalui pendekatan ini, pemilik ladang kelapa sawit akan memilih mana-mana spesies pokok hutan untuk ditanam di celah-celah kelapa sawit, memandangkan ruang 12 meter sudah memadai bagi tujuan perhutanan tani.

Sebagai contoh, Rival memetik Projek Cirad’s Trails iaitu pendekatan perhutanan tani digunakan di atas tanah seluas 37 hektar di Kinabatangan, Sabah untuk menggabungkan kelapa sawit dengan 15 spesies hutan yang berbeza.

“Mana-mana perladangan dapat melakukannya (perhutanan tani). Anda tidak perlukan kawasan yang besar, malah anda dapat melakukannya dalam lima hektar.

“Daripada menanam 143 pokok pokok sehektar, anda hanya menanam 90 (ditambah spesies hutan yang lain) dan kemudian melihat perbezaannya.

Ia bukan percubaan, ia (Projek Cirad’s Trails) hanyalah plot demonstrasi untuk menunjukkan bahawa mengurangkan ketumpatan tidak memberi kesan ketara kepada hasil.

“Dari situ, anda dapat membangunkan beberapa projek lain kerana jarak anda antara pokok sawit ialah 12 meter, jadi anda mempunyai banyak ruang,” katanya kepada Bernama semasa Kongres dan Pameran MPOB 2023.

Rival berkata, dalam ruang itu, pemilik tanah boleh menanam durian, manggis, lada dan vanila sebagai tanaman kontan.

BERITA LAIN

Getah sekerap Sarawak RM3.90 sekilogram

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia