Trending

Peristiwa bersejarah Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dua lapangan cari gali minyak dan gas kepada Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dengan pajakan perlombongan.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ini kerana sebelum ini kuasa mencari gali minyak dan gas di negeri ini diberikan kepada Petronas.

“Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri mengasingkan atau memberi pajakan kawasan untuk cari gali minyak dan gas.

Jadi sudah tentu ia perkara yang amat bersejarah bagi Sarawak.

“Saya berharap dua kawasan ini (Adeng Kecil Barat Miri dan Daerah Engkabang di Selatan Marudi) akan membawa pulangan yang baik untuk Sarawak dan Petros itu sendiri.

“Ia memberi keuntungan kepada negeri dari segi peluang pekerjaan yang lebih banyak,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Industri Minyak dan Gas Sarawak di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mengambil bahagian meneroka minyak dan gas di kawasan perairan selepas berjaya mengawal dan menguruskan sumber-sumber di pesisir pantai.

“Pada waktu ini kawasan luar pesisir masih di bawah Petronas. Saya melihatnya begitu, namun kita akan memeriksanya kerana banyak sempadan telah ditentukan.

“Kawasan yang dikendalikan oleh Petronas mungkin sudah disewakan kepada syarikat lain, itu kita tidak dapat campur tangan, tetapi pada masa akan datang kita akan melihat bagaimana seterusnya,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri telah mewartakan kawasan Luconia Shoals sebagai taman lautnya.

“Oleh itu, penerokaan dan penggerudian minyak dan gas harus melalui Kerajaan Negeri,” katanya.

Mengulas mengenai syarikat Shell yang memindahkan ibu pejabatnya ke Miri, Abdul Karim berkata, ia akan membawa keuntungan terutamanya dari segi pelancongan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru