ARTIKEL

Datuk Seri Naroden Majais membaca puisi yang dikarang oleh Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Hazami Jahari.

Perjuangan Martabat Bahasa Melayu Perlu Terus Disemarak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Dalam era kecerdasan buatan (AI) dan perubahan teknologi yang pesat, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu perlu terus disemarakkan agar kekal menjadi bahasa ilmu dan wahana penyatuan masyarakat.

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Seri Naroden Majais berkata, semangat itu bertepatan dengan tema sambutan ulang tahun ke-70 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘Restu Jiwa Pahlawan’, yang menyeru masyarakat untuk terus memperkukuh bahasa kebangsaan.

Katanya, dalam mendepani perkembangan AI, usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu terus diperkukuh agar kekal relevan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

Datuk Seri Naroden Majais (tengah) menyaksikan penyerahan Naskhah Budi Madani oleh Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Hazami Jahari kepada penerima.

“Semangat Restu Jiwa Pahlawan perlu kita terus semarak. Kita bukan sahaja mewarisi perjuangan, tetapi juga memikul amanah untuk memastikan bahasa Melayu terus menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak sempena Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-70 di Dewan Datuk Patinggi Ali, di sini, malam tadi.

Naroden berkata, beliau percaya DBP akan terus menjadi penggerak perjuangan bahasa serta memperkukuh peranannya dalam pembangunan negara melalui bahasa dalam konteks masyarakat berbilang kaum termasuk di Sarawak.

Menurutnya, usia 70 tahun DBP membuktikan institusi itu mempunyai sejarah panjang apabila bermula sebagai Balai Pustaka sebelum berkembang menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang dikenali hari ini.
Beliau dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada DBP kerana memilih Gedong sebagai salah satu kawasan untuk meraikan ulang tahun institusi berkenaan.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Hazami Jahari, Pegawai Daerah Gedong Jamain Wahab, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Hasbi Ancheh dan Ahli Lembaga Pengelola DBP Datuk Jeniri Amir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU