ARTIKEL

Tan Kai (kiri) bersama Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi.

Perjudian dalam talian kian membimbangkan di Padawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kegiatan perjudian dalam talian menjadi antara masalah yang semakin membimbangkan di bawah kawasan seliaan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Bagaimanapun, Pengerusi MPP, Tan Kai, menegaskan peranan pihaknya terhad kepada pengeluaran lesen premis makanan berdasarkan syarat kesihatan di bawah undang-undang kecil pelesenan.

“Saya percaya semua premis kedai kopi yang didakwa itu beroperasi tanpa lesen majlis, manakala bagi kedai runcit pula, pengeluaran lesen tidak berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian sebagai maklum balas terhadap dakwaan bahawa MPP tidak mengambil sebarang tindakan ke atas kegiatan perjudian dalam talian di bawah kawasan seliaannya.

Justeru, Tan Kai berkata pihaknya akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani perkara berkenaan, termasuk melaksanakan operasi bersama serta membatalkan sebarang lesen yang didapati mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.

“MPP sentiasa bersedia dan komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan PDRM serta agensi berkaitan bagi membanteras perjudian dalam talian dan aktiviti haram lain, demi menjadikan Padawan sebuah tempat yang lebih selamat dan selesa untuk didiami oleh semua,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU