ARTIKEL

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. FOTO GHAZALI BUJANG

Perkasa pembangunan bakat dan modal insan menerusi pelaburan dalam pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelaburan dalam bidang pendidikan bakal diteruskan dengan menyediakan pelbagai peruntukan menerusi Belanjawan Negeri 2024 sebagai usaha memperkasa modal insan dan pembangunan bakat masyarakat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelbagai program bantuan pendidikan akan disediakan demi masa depan anak-anak generasi akan datang.

“Bagi memantapkan program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (Program Dwibahasa), peruntukan sejumlah RM1.2 juta disediakan bagi meneruskan program tersebut.

“Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang telah melaksanakan sepenuhnya pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah Program Dwibahasa Sarawak.

“Untuk itu, ia akan diteruskan bagi meningkatkan taraf bahasa Inggeris sambil menyediakan asas yang kukuh dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk para pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2023 pada pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, pelbagai bantuan lain turut diberikan untuk membantu anak muda dalam bidang pendidikan.

Untuk itu, Abang Johari meluahkan harapan agar inisiatif yang diberikan mampu mendorong para pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan membantu mereka yang memerlukan untuk maju ke peringkat seterusnya dalam kehidupan.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan