ARTIKEL

Sebahagian Alumni Kohort 1 SYStartUP dari zon Utara yang hadir ke Meet & Greet SYStartUP di Miri petang semalam.

Perkasakan usahawan belia di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Program Sarawak Youth StartUP (SYStartUP) terus berkembang dengan struktur yang lebih kukuh dalam usaha memperkasakan usahawan belia di Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ripin Lamat, berkata inisiatif ini semakin efektif dalam membantu peserta membangunkan perniagaan, khususnya menerusi pembukaan Pejabat Urusan di Kuching yang akan menjadi pusat sehenti bagi mereka mendapatkan bimbingan dan sokongan teknikal.

“Pejabat ini akan menyediakan khidmat nasihat, bantuan teknikal, serta peluang rangkaian perniagaan yang lebih luas, membolehkan usahawan belia bergerak lebih sistematik dan kompetitif,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, beliau berkata kerajaan turut menambah baik proses pendaftaran perniagaan dan pensijilan kontraktor, sejajar dengan keperluan utama peserta SYStartUP bagi memudahkan akses kepada peluang perniagaan yang lebih besar.

Perkembangan tersebut dibincangkan dalam sesi Meet & Greet di Mega Hotel, di sini, yang menjadi platform untuk menilai kemajuan peserta serta merangka strategi memperkasa ekosistem keusahawanan belia.

Ripin berucap pada sesi Meet & Greet di Mega Hotel bersama usahawan belia zon Utara.

Menurutnya, dalam sesi yang sama, cabaran yang dihadapi peserta turut dibangkitkan bagi mencari penyelesaian lebih berkesan melalui kerjasama kerajaan dan sektor swasta.

Bagi memperluaskan manfaat program, Miri bakal menjadi lokasi penganjuran SYStartUP seterusnya yang akan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan belia di kawasan utara Sarawak untuk menyertai inisiatif ini.

“Kami mahu lebih ramai belia menyertai program ini agar ekosistem keusahawanan di Sarawak terus berkembang dan melahirkan usahawan yang berdaya saing,” katanya lagi.

Sesi seterusnya dijadualkan pada 24 Mac ini di zon Sri Aman dan Betong, diikuti Zon Tengah merangkumi Sibu, Sarikei, Kapit, dan Mukah, sebelum berakhir di Kuching yang turut disertakan dengan program ramah tamah Aidilfitri bersama peserta.

Dengan perkembangan ini, SYStartUP dijangka terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan lebih dinamik dalam dunia keusahawanan belia Sarawak.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan