ARTIKEL

BERCAKAP… Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) dan Datuk Dr Mahathar menjawab soalan daripada pemberita pada pada sidang media secara langsung menerusi Facebook KKM berkaitan insiden helikopter membabitkan FDS KKM, hari ini.

Perkhidmatan Doktor Udara diteruskan demi masyarakat pedalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Keperluan masyarakat di kawasan pedalaman terhadap akses penjagaan kesihatan menjadi asas kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meneruskan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang sudah beroperasi sejak 1970-an.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada sebab untuk menghentikan perkhidmatan itu kerana keperluannya masih wujud, terutama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan yang sukar diakses.

“Ya, kita akan teruskan.

“Tiada sebab untuk menghentikan perkhidmatan ini kerana masih terdapat keperluan untuk meneruskannya demi kesihatan masyarakat terutama di pedalaman,” katanya pada sidang media secara langsung menerusi Facebook KKM berkaitan insiden helikopter membabitkan FDS KKM, hari ini.

Menurutnya, FDS masih diperlukan bagi memastikan usaha menyediakan akses penjagaan kesihatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan tanpa mengira kedudukan geografi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abdul Wahab berkata, KKM mengiktiraf kepentingan FDS, khususnya kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak.

Katanya, aspek keselamatan berkaitan penggunaan helikopter adalah di bawah bidang kuasa agensi berkaitan.

“Di peringkat kementerian, kita akan mengambil kira maklumat dan input daripada pihak berkuasa berkaitan berhubung aspek keselamatan helikopter.

“Berdasarkan perkara itu, kita akan menentukan sama ada penggunaan helikopter untuk perkhidmatan ini perlu diteruskan,” katanya.

Terdahulu, Dr Dzulkefly berkata, FDS sentiasa bergantung kepada penggunaan helikopter yang disediakan menerusi kaedah sewaan atau kontrak.

Katanya, KKM tidak mempunyai aset helikopter sendiri berbeza dengan beberapa aset lain yang dimiliki kementerian itu seperti bot dan klinik bergerak.

“Helikopter sentiasa disediakan melalui kaedah sewaan atau kontrak,” katanya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan