ARTIKEL

CUBA...Salah seorang pelanggan beratur menggunakan perkhidmatan ruang letak kenderaan Valet

Perkhidmatan ruang letak kereta Valet permudah OKU berurusan di HUS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perkhidmatan ruang letak kereta Valet hasil kerjasama pihak Meditel dan Hospital Umum Sarawak bertujuan memudahkan orang awam khususnya Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai urusan di HUS.

Pengurus Operasi Meditel Muhamad Farid Roslan berkata, ia merupakan pekhidmatan nilai tambah sekali gus memudahkan perjalanan orang awam datang berurusan di lokasi berkenaan.

BERCAKAP…Pengurus Operasi Meditel Muhamad Farid Roslan

“Perkhidmatan terbaru ini lebih kepada nilai tambah disediakan oleh HUS kepada orang awam terutama warga OKU untuk memudahkan urusan harian mereka di hospital.

“Di Meditel (ruang letak kereta Valet-VP), kenderaan terus boleh ditinggalkan di kawasan VP dan pemiliknya boleh membuat urusan tanpa perlu memikirkan tempat ruang letak kereta, semua ini akan diuruskan oleh pihak operator VP,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Valet Parking di sini, hari ini.

Menurut Farid, kenderaan pelanggan akan diuruskan oleh operator VP bermula meletak kereta di ruang letak kereta.

Seterusnya, kereta pelanggan akan diserahkan semula di hadapan VP hingga urusan hospital mereka selesai.

Tambahnya, perkhidmatan tersebut turut menyediakan kerusi roda secara percuma kepada para pelanggan.

Valet Parking sudah mula beroperasi pada 1 September 2024 lalu dengan kadar bayaran RM15 per masuk manakala waktu operasinya adalah bermula dari 7 pagi hingga 8 malam.

Mengenai bayaran itu, Farid menegaskan kadar bayaran adalah kekal (RM15) biarpun pelanggan mengambil kenderaan mereka melebihi waktu operasi VP.

Ditanya tentang keselamatan kenderaan pelanggan di bawah perkhidmatan itu, Farid menegaskan kawasan VP dipenuhi dengan kawalan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan operator yang bertugas jaga keamanan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU