ARTIKEL

KENANGAN…Datuk Jack Liam merakam gambar bersama peserta pada Sesi Perkongsian Berkenaan Asal Usul dan Adat Bisaya anjuran PBSCBK.

Perkongsian adat Bisaya semarakkan jati diri generasi muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Memperkasa pengetahuan generasi muda mengenai adat dan sejarah Bisaya menjadi fokus utama Sesi Perkongsian Berkenaan Asal Usul dan Adat Bisaya anjuran Persatuan Bisaya Sarawak Cawangan Bandar Kuching (PBSCBK).

Program tersebut diadakan di Hotel Legacy Hill, Kuching pada Sabtu lalu dan disertai 40 peserta.

Pengerusi PBSCBK, Datuk Jack Liam berkata penganjuran program seumpama itu penting bagi memastikan identiti serta adat masyarakat Bisaya terus dipelihara dalam kalangan generasi kini dan akan datang.

“Adalah amat penting bagi masyarakat Bisaya secara keseluruhannya untuk mengetahui sejarah asal usul kaum ini.

“Oleh itu, adat tradisi diharapkan menjadi pegangan generasi kini dan akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau yang juga Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, PBSCBK komited meneruskan penganjuran program pendidikan budaya kepada komuniti Bisaya.

“Ini khususnya bagi komuniti Bisaya di Kuching agar terus menghargai usaha generasi terdahulu dan mengamalkan adat tradisi mereka.

“Kita dapat bersama-sama menghargai pengorbanan generasi terdahulu serta mengamalkan adat Bisaya dalam pelbagai aspek supaya adat tersebut kekal segar dan tidak dilupakan,” ujarnya.

Sesi perkongsian itu dikendalikan penceramah Antonius Lapan Sindang, yang membentangkan pelbagai teori mengenai asal-usul istilah Bisaya termasuk teori penghijrahan masyarakat Asia Tenggara pada kurun ke-13 dan ke-14.

Beliau turut menghuraikan sejarah Kesultanan Brunei serta kewujudan masyarakat Bisaya yang dikenali sebagai Dusun atau Sang Jati di negara tersebut.

Selain sejarah, sesi berkenaan turut menekankan aspek adat tradisi, termasuk perincian adat perkahwinan masyarakat Bisaya dan amalan Temarok, iaitu upacara tradisional bagi tujuan penyembuhan penyakit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU