ARTIKEL

JAWAB SOALAN…Milton menjawab soalan daripada pemberita sambil disaksikan oleh Puan Sim pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Perkongsian Maklumat Akaun Bank Perlu Garis Panduan Jelas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu prosedur operasi standard (SOP) khusus berkaitan perkongsian maklumat akaun bank perlu diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan bagi mengelakkan penyalahgunaan akaun oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Milton Foo berkata, cadangan itu penting memandangkan sesiapa sahaja berisiko menjadi mangsa penyalahgunaan akaun bank walaupun sekadar membantu individu yang dikenali.

Beliau berkata, ramai orang berkongsi nombor akaun bank bagi tujuan menerima bayaran, termasuk melalui media sosial, tanpa menyedari maklumat tersebut boleh dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti jenayah.

“Perkongsian nombor akaun bank dalam urusan harian seperti pembayaran, urusan pekerjaan dan perniagaan sememangnya sukar dielakkan pada masa ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Menurutnya, orang ramai perlu diberi panduan yang jelas berkaitan tindakan yang wajar diambil serta perkara yang perlu dielakkan apabila diminta menerima atau memindahkan wang bagi pihak orang lain.

Katanya, tanpa garis panduan yang jelas, individu yang tidak bersalah berisiko berdepan siasatan polis, akaun bank dibekukan, dikenakan jaminan polis dan terpaksa melalui proses mahkamah walaupun tidak mengetahui wang yang diterima mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan.

Sehubungan itu, beliau berharap BNM dan Kementerian Kewangan dapat memperkenalkan SOP serta garis panduan yang lebih komprehensif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat ke atas risiko penyalahgunaan akaun bank.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa sindiket penipuan serta mengelakkan lebih ramai individu berdepan implikasi undang-undang akibat diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi