ARTIKEL

Sim (tengah) menyaksikan pertukaran Memorandum Persetujuan (MOA) antara Swinburne Sarawak, Novugen Pharma dan Pusat Perubatan Borneo (BMC) di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, di sini hari ini.

Perkukuh kerjasama sektor perubatan swasta melalui penubuhan Sarawak Medical Group

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian mencadangkan agar sektor perubatan swasta negeri ini memperkukuh kerjasama melalui penubuhan ‘Sarawak Medical Group’.

Katanya, idea penubuhan kumpulan perubatan tempatan itu timbul selepas melihat kejayaan hospital-hospital swasta seperti Borneo Medical Centre (BMC) yang kini mempunyai operasi di Kuching, serta terus berkembang sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan utama di negeri ini.

“Dahulu kita di Sarawak bermula dengan hanya beberapa hospital swasta, kini hospital swasta sudah beroperasi di Kuching dan Miri serta kawasan lain.

“Jadi mengapa kita tidak mempunyai Sarawak Medical Group?

“Pada 2015 orang memandang rendah Sarawak, tetapi pada 2025, orang lain pula yang memandang tinggi kepada kita dan usaha ini adalah sebahagian daripada pembinaan negara Sarawak (Sarawak Nation Building),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan (MOA) antara Swinburne Sarawak, Novugen Pharma dan Pusat Perubatan Borneo (BMC) di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, di sini hari ini.

Tambah Sim, kerajaan Sarawak juga melabur sebanyak RM300 juta dalam sektor kesihatan melalui Normah Medical Specialist Centre, membuktikan komitmen Sarawak memperkukuh sistem perubatan swasta milik Sarawak sendiri.

Beliau turut menyentuh cabaran pembiayaan kesihatan di peringkat nasional, menegaskan perlunya Sarawak memainkan peranan aktif dalam membentuk hala tuju kesihatannya sendiri.

Jelas Sim, kemampuan kewangan Sarawak kini memberi ruang kepada negeri ini untuk bertindak lebih proaktif.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU