ARTIKEL

Azlan Ramli (kiri) dan Zuraidah Abas (kanan) menyaksikan penyampaian hadiah untuk Poster Inovasi Penarafan emas kepada Ruvi Christina Akat (dua kiri) oleh Profesor Dr Ramlah Zainudin (dua kanan).

Perkukuh kesejahteraan warga kerja secara holistik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 279 warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan agensi berkaitan menyertai Siri Inspirasi Kesejahteraan 2026 dan Kursus Prapersaraan 2026 bagi memperkukuh kesejahteraan warga kerja secara holistik.

Program bertemakan ‘Menyemai Budaya Kerja Sejahtera’ itu dianjurkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UNIMAS sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

Pendaftar UNIMAS, Azlan Ramli berkata, budaya kerja yang baik bukan sahaja perlu berorientasikan prestasi, malah turut memberi penekanan kepada kesejahteraan dan pembangunan insan warga universiti.

Azlan Ramli (dua kiri) bergambar bersama-sama moderator dialog Abang Akhmas (kiri) dan panel jemputan yang lain (dari tiga kiri) Dr Cammelia Othman, Rosmawati Priman dan Dr Edrie Eden.

Katanya, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan kecemerlangan organisasi dapat dicapai seiring dengan kebajikan warga kerja.

Program berkenaan turut menampilkan dua sesi forum dialog berkaitan kesejahteraan warga kerja yang membincangkan kepimpinan berteraskan empati, kepercayaan serta keseimbangan antara pencapaian organisasi dengan kebajikan pekerja.

Sesi kedua pula memberi tumpuan kepada peranan kesejahteraan holistik dalam meningkatkan produktiviti, motivasi dan kecemerlangan organisasi.

Kemuncak program menyaksikan sesi Inspirasi Kesejahteraan bersama influencer dan penceramah, Fazeera Nazri Azrai menerusi perkongsian bertemakan ‘Mencari Bahagia dalam Kehidupan dan Pekerjaan’.

Sebagai nilai tambah, UNIMAS turut menganjurkan Pertandingan Poster Inovasi Kesejahteraan Minda yang mempamerkan pelbagai inisiatif dan amalan terbaik berkaitan kesejahteraan serta pembangunan warga kerja.

Pertandingan itu dinilai panel juri profesional terdiri daripada wakil institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan dan pakar kaunseling.

Kesemua penyertaan berjaya memperoleh penarafan emas, sekali gus mencerminkan komitmen warga UNIMAS dan agensi luar dalam menghasilkan inovasi berkaitan kesejahteraan organisasi.

Sementara itu, Kursus Prapersaraan 2026 yang berlangsung secara serentak memberi pendedahan kepada bakal pesara berkaitan skim pencen sektor awam, kemudahan perubatan pascapersaraan serta dokumentasi persaraan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU