ARTIKEL

Perkukuh pelaksanaan PuTERA35

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) berharap Belanjawan 2027 turut menumpukan kepada keperluan bagi pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), terutama penyediaan peruntukan mencukupi untuk memastikan inisiatif yang telah dikenal pasti dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Strategik TERAJU Nik Nazree Nik Abdul Rahman berkata, peruntukan tersebut penting untuk menggerakkan inisiatif berimpak tinggi seterusnya meningkatkan sosioekonomi bumiputera. “Terdapat 132 ikhtiar yang telah dikenal pasti sehingga 2035.

Semuanya untuk mencapai objektif memartabatkan dan meningkatkan sosioekonomi bumiputera.

“Jadi, harapan TERAJU, bajet yang diperlukan itu dapat disediakan supaya pelaksanaannya dijalankan sebaik mungkin dan InsyaAllah kita akan capai sasaran tersebut pada 2030,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri Pertandingan Peringkat Akhir Gen Bajet 2027 di sini.

Beliau berkata, antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian adalah pembangunan sektor berimpak tinggi termasuk peralihan tenaga yang dilihat sebagai ruang baharu untuk diceburi perusahaan bumiputera.

“Kita juga lihat terdapat keperluan kapasiti atau pembangunan perusahaan bumiputera untuk disokong oleh pasaran modal.

Bidang itu yang kita belum lagi betul-betul kembangkan,” katanya. Nik Nazree berkata, pelaksanaan PuTERA35 dan inisiatif di bawahnya kini dipantau menerusi beberapa platform termasuk beberapa jawatankuasa kerja dan Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini dari segi pelaksanaan PuTERA35, kita telah capai sebanyak 67 peratus,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, penekanan terus diberikan sama ada pelaksanaan itu menjana hasil yang diperlukan iaitu meningkatkan martabat perusahaan bumiputera.

Nik Nazree berkata susulan itu, TERAJU akan melancarkan laporan prestasi pelaksanaan PuTERA35 akhir tahun ini bagi menunjukkan kedudukan dan pencapaian selepas dua tahun pelaksanaannya.

PuTERA35 dilancarkan pada 19 Ogos 2024 merupakan pelan komprehensif kerajaan bertujuan memperkasakan ekonomi bumiputera melalui 132 ikhtiar, tiga teras dan 12 pemacu. Pelan strategik 10 tahun (2024-2035) tersebut menyasarkan peningkatan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera ke tahap lebih tinggi serta sejajar dengan Ekonomi MADANI. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha