ARTIKEL

Dr. Lee Kuok Tiung 

Perkukuh pengurusan sektor tenaga Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Satok, Datuk Ibrahim Baki sebagai Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) dilihat wajar sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pengurusan sektor tenaga di Sarawak.

Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Lee Kuok Tiung berkata, perkara tersebut akan memberi impak positif bukan sahaja terhadap barisan kepimpinan, tetapi juga pembangunan sektor utiliti dan tenaga di negeri ini.

“Beliau berpotensi untuk membawa perspektif baharu dalam pengurusan sumber tenaga di Sarawak kerana turut berpengalaman sebagai Pengerusi Sarawak Energy,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Tambahnya, pelantikan ini juga sebagai pengiktirafan pengalaman dan kewibawaan Ibrahim dalam komitmennya untuk pembangunan di Sarawak.

“Kejayaannya meraih 910 undi dalam perebutan jawatan Naib Presiden Sayap Bumiputera PBB pada Perhimpunan Agung ke-16 PBB bulan lalu turut mencerminkan sokongan padu ahli terhadap kepimpinan beliau.

“Saya juga melihat bahawa perkara ini memberi peluang kepada kemunculan muka baharu dalam barisan kepimpinan parti terulung di Sarawak, PBB,” ujarnya. 

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.