ARTIKEL

Perlawanan persahabatan antarabangsa, pendedahan berguna buat KC FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CAPTION: – DUA LAWAN SATU…Penyerang import KC FC, Kuziev Sirojiddin Salohiddin Ugli (tengah) mengawal bola sambil disaingi dua pemain Nagaworld Football Club. – FOTO KC FC.

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim mengakui besar manfaat diperoleh anak-anak buahnya menerusi empat aksi persahabatan berstatus antarabangsa menentang kelab handalan, Kemboja ketika ini.

Menurut Irfan, sekurang-kurangnya ia merupakan pendedahan awal sebelum barisan kendalianya berdepan aksi kompetitif sebenar kempen Liga Super 2023.

“Pendedahan berguna untuk para pemain apabila berkesempatan menguji beberapa kelab handalan dari negara jiran itu.

“Yang penting, ia merupakan peluang untuk mengenal pasti rangkaian kesebelasan utama,” jelas Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Empat perlawanan dilalui pemain KC FC sepanjang kunjungan ke Kemboja.

Menentang pasukan Nagaworld Football Club petang semalam yang menyaksikan The City Boys tewas (2-0).

Disusuli perlawanan kedua menentang ISI Dangkor Senchey lewat petang ini.

Selain menentang Phnom Phen Crown FC 4 Februari) dan menentang Visakha FC pada 5 Februari.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU