ARTIKEL

PRESIDEN SFA... Phillip Jabu.

Perlawanan simbolik Liga Serian bermula 28 Jun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Acara berprestij badan induk, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) 2025 iaitu Piala Sumbangsih akan disingkap tirainya pada 28 Jun ini.

Ia mempertemukan dua jagoan terbilang, Rimong Crocs iaitu juara Piala FA 2024 dan Gedong Unity yang juga juara Liga Serian 2024.

Presiden SFA, Phillip Jabu menegaskan bahawa perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu akan diadakan di Kompleks Sukan Balai Ringin.

Menurut Phillip, perlawanan tersebut dijangka menarik perhatian peminat bola sepak tempatan.

“Saingan Piala Sumbangsih 2025 dijadual berlangsung pada 28 Jun ini yang mempertemukan dua pasukan terbabit (Rimong Crocs & Gedong Unity) di Kompleks Sukan Balai Ringin,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Tegasnya, perlawanan tersebut ironinya sebagai simbolik sebelum bermulanya saingan musim baharu kempen Liga Serian 2025.

“Kita percaya perlawanan itu kelak dijangka sengit kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri,” tambah Phillip.
Beliau akui, meskipun aksi untuk Piala Sumbangsih 2025 berlangsung pada tarikh dan gelanggang yang telah ditetapkan itu, namun saingan untuk Liga Serian 2025 masih belum diputuskan tarikhnya.

“Kita akan bermesyuarat untuk membincangkan secara terperinci tarikh bagi memulakan kempen Liga Serian 2025,” jelasnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU