ARTIKEL

Perlindungan data kritikal untuk kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perlindungan data adalah penting dan akan menjadi semakin penting untuk beberapa tahun akan datang apabila urus niaga bersifat lebih digital dan saling berhubung antara satu sama lain, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

“Saya berpendapat kebimbangan seperti ini amat wajar.

Saya tidak boleh bercakap untuk mewakili agensi tersebut (agensi kerajaan).

Tetapi cara kita mengendalikan data dan cara kita melindungi data akan menjadi semakin penting bagi beberapa tahun akan datang,” katanya ketika ditanya mengenai kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan orang awam mengenai kebocoran data walaupun dalam agensi kerajaan.

“Data kini memainkan peranan penting, ia adalah mata wang yang akan memastikan ekonomi bergerak lancar.

Dan jika kita tidak dapat melindungi data, ia akan menjadi masalah kepada kita,” katanya pembayaran bil dan transaksi berkaitan.

Temu bual itu dikendalikan oleh Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Duraj Raj, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Mohd Shukri Ishak dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama M. Saraswathi.

Sehubungan itu, Fahmi menegaskan penting data dilindungi dengan baik dan disulitkan (encrypted) dengan selamat, jika tidak, ia akan menimbulkan cabaran serius kepada kerajaan, orang ramai dan perniagaan.

Bank Dunia dalam blognya awal tahun ini berkata masa depan perlindungan data bukan hanya mengenai menjaga privasi tetapi tentang membolehkan perkongsian data bertanggungjawab yang memacu kemajuan merentas sektor.

Rangka kerja kukuh memastikan data yang betul dikongsi dengan pihak yang tepat untuk tujuan yang betul.

Sebagai contoh, ia berkata dalam penjagaan kesihatan, mekanisme memelihara privasi membolehkan penyelidik bekerjasama merentasi sempadan, pada masa sama menjaga privasi pesakit.

Dalam pada itu, perlu juga diberi perhatian bahawa beberaoa negara semakin mewajibkan penyimpanan data dihadkan di dalam negara sahaja kerana kebimbangan mengenai keselamatan negara dan privasi rakyat, kata Bank Dunia. – Bernama 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu