ARTIKEL

Perlu lebih banyak jalan pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Pihak terlibat perlu membina lebih banyak lagi projek pembinaan jalan pertanian di kampung Melayu Debak.

Ketua Kaum Kampung Babu Hilir Debak, Juki Jimbon berkata, ia kerana jalan tersebut banyak memberi impak positif kepada penduduk.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua yang terlibat dalam pembinaan projek sepanjang perkhidmatan lepas, untuk membina sedikit sebanyak jalan pertanian yang memberi kesan positif kepada ekonomi penduduk khasnya untuk kampung Melayu Debak.

“Kami berharap agar pembangunan itu akan berterusan pada masa yang akan datang untuk generasi-generasi dan ekonomi khasnya dalam segi pertanian,” katanya pada Majlis Makan Selamat di Jalan Kebun Paya Bakong pagi tadi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohd Razi Sitam.

Juki juga berharap agar semua penduduk turut memberi sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam meneruskan perjuangan.

“Untuk masa akan datang kami berharap sokongan padu dari penduduk kampung kepada beliau dalam meneruskan perjuangan.

“Ini adalah untuk menaitarafkan kehidupan dan ekonomi penduduk khasnya di Kampung Melayu Debak dan amnya di kawasan N35 Saribas,” katanya.

Mohd Razi Sitam Majlis Doa Selamat di Jalan Kebun Paya Bakong, Debak pagi semalam.  

 

Razi Sitam menunjukkan pelan projek Mitigasi Banjir di kampung Melayu Debak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU