ARTIKEL

Perlukan pemimpin setia kepada negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Bumi Kenyalang merupakan elemen penting sebagai pemimpin Kerajaan Sarawak.

Adun Saribas Mohammad Razi Sitam memberitahu, kewarganegaraan yang tulen sangat penting dalam politik Sarawak. “Saya amat bersetuju dengan syor yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Parti PBB Datuk Idris Buang berhubung pindaan Perkara 16 Perlembagaan Sarawak supaya tidak membenarkan bukan warga Sarawak bertanding dalam pilihan raya negeri.

“Bagi saya ia wajar selepas melihat trend politik semasa selain untuk memelihara semangat kesetiaan terhadap negeri tercinta,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBB ketika ditanya lanjut isu tersebut di sini, semalam.

Jelasnya, hanya mereka yang betul-betul warga Sarawak diyakini mampu menjaga Sarawak dengan baik. “Justeru, Sarawak perlu bertegas dalam perkara ini agar Ibu Pertiwiku terus dipimpin oleh mereka khususnya Gabungan Parti Sarawak yang benar-benar menjaga serta ingin memajukan Sarawak,” ujarnya.

Terdahulu, Idris menggesa pemimpin Kerajaan GPS agar mempertimbangkan pindaan rang undang-undang tersebut pada persidangan Dun seterusnya kelak.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi