ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG... Poster mini kejohanan.

Permohonan kejohanan bola sepak jalanan kini dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Peminat bola sepak jalanan berpeluang menyaksikan aksi sengit apabila TFL 3 On 3 Street Soccer bakal menjadi antara tarikan utama Karnival Perpaduan Stakan 2026 yang berlangsung di Uni Central Commercial Park, Kota Samarahan, dari 26 hingga 30 Ogos ini.

Kejohanan anjuran The Futsal Legion (TFL) itu mengetengahkan konsep Street Soccer 3 On 3 yang mempertandingkan kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka, serta Penalti Shootout yang terbuka kepada pengunjung karnival.

Penganjuran tersebut dilihat sebagai satu pendekatan kreatif dalam menjadikan sukan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan masyarakat, khususnya golongan belia, selain menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat.

Bagi kategori Lelaki Terbuka, juara akan membawa pulang wang tunai RM300 berserta piala dan pingat.

Naib juara akan menerima RM250, tempat ketiga RM200 dan saguhati RM100.

Sementara itu, kategori Wanita Terbuka menawarkan hadiah RM250 berserta piala dan pingat kepada juara, diikuti RM200 untuk naib juara, RM150 bagi tempat ketiga dan RM50 untuk saguhati.

Menurut penganjur, setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50, dengan penyertaan terhad kepada 24 pasukan lelaki dan enam pasukan wanita yang mendaftar lebih awal, dengan keutamaan kepada pasukan jabatan atau agensi kerajaan, persatuan dan kelab.

Pertandingan akan dimulakan dengan aksi Penalti Shootout dan peringkat kumpulan pada 28 Ogos, diikuti perlawanan peringkat kumpulan pada 29 Ogos sebelum kemuncak pertandingan menyaksikan perlawanan akhir kedua-dua kategori pada 30 Ogos.

Dalam pada itu, pengunjung Karnival Perpaduan Stakan 2026 turut diberi peluang merasai pengalaman sebagai pemain menerusi aktiviti Penalti Shootout.

Menariknya, pengunjung yang membuat pembelian RM30 dan ke atas daripada mana-mana vendor sepanjang karnival layak menyertai aktiviti tersebut.
Peserta juga bakal menerima hadiah percuma, menjadikan aktiviti itu bukan sahaja sebagai hiburan, malah memberi nilai tambah kepada pengunjung yang hadir menyokong vendor tempatan.

Konsep berkenaan dilihat mampu mewujudkan suasana karnival yang lebih interaktif dengan menggabungkan elemen sukan, komuniti dan aktiviti ekonomi setempat.

TFL menerusi penganjuran itu mahu mengetengahkan mesej bahawa bola sepak mampu menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Konsep ‘Own The Street’ yang dibawa dalam kejohanan berkenaan turut mencerminkan identiti Street Soccer yang lebih santai, terbuka dan kompetitif, namun masih menekankan nilai kesukanan serta semangat berpasukan.

Penganjur berharap kejohanan berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada pemain tempatan serta komuniti sekitar Kota Samarahan dan kawasan berdekatan.

Pendaftaran masih dibuka dan akan ditutup pada 26 Ogos 2026, jam 1 petang, atau sehingga slot penyertaan dipenuhi.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan membuat pendaftaran menerusi tinyurl.com/3absfwnv atau menghubungi Coach Rajoo di talian 018-369 2470.

The Futsal Legion menerusi program itu berharap lebih ramai masyarakat tampil menyertai aktiviti sukan dan menjadikan Karnival Perpaduan Stakan 2026 sebagai ruang untuk bersukan, berkenalan dan membina semangat perpaduan dalam komuniti.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU