ARTIKEL

perpaduan ahli parti politik elak konflik dalaman, Ir Yusuf Abdul Wahab Tanjung Manis, perpaduan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Mesyuarat Agung PBB Cawangan Semop, pembangunan infrastruktur Semop, Datuk Abdullah Saidol PBB
Yusuf (enam kiri) dan Abdullah (tujuh kiri) bersama hadirin bergambar pada Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Parti PBB Cawangan N.42 Semop di Dewan IKS Tanjung Manis.

Perpaduan ahli parti politik elak konflik dalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Perpaduan dalam kalangan ahli parti memainkan peranan penting bagi mengelakkan konflik dalaman yang boleh melemahkan dan menjejaskan kredibiliti parti di mata rakyat.

Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab, berkata perpaduan memperkukuhkan kekuatan parti dan memastikan matlamat bersama dapat dicapai.

“Semangat perpaduan merupakan elemen kritikal yang menentukan keberkesanan dan kejayaan sesebuah parti, menjadikan parti lebih kuat dan tidak mudah berpecah untuk menghadapi cabaran politik luar dan konflik dalaman.

“Jika kita bersatu padu, semua perbezaan pendapat dapat diselesaikan secara harmoni dan mengelakkan perpecahan yang merugikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.42 Semop di Dewan IKS Tanjung Manis, pada Sabtu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, yang juga Ketua Cawangan PBB Cawangan Semop, mengimbau kembali perjalanan sepanjang menerajui PBB Semop.

Beliau meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk memimpin, membolehkan pembangunan di kawasan konstituensi Semop berjaya dilaksanakan.

“Antara yang berjaya dibangunkan termasuk jalan perhubungan dan elektrik serta air yang sememangnya menjadi keperluan asas.

“Kemudian, pembangunan infrastruktur lain seperti dewan, jeti, sekolah, rumah ibadah, gerai-gerai dan banyak lagi,” jelasnya.

Pada Mesyuarat Agung Tri-Tahunan PBB Cawangan Semop kali ini, ADUN Semop itu kekal menerajui pucuk pimpinan selaku Ketua Cawangan, di samping kepimpinan Sayap Wanita dan Pemuda yang kekal tanpa ada sebarang pertandingan.

Mesyuarat dihadiri lebih 300 perwakilan dari 28 ranting dalam Cawangan Semop.

BERITA LAIN

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk