ARTIKEL

Johnny Pang menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM10,000 kepada jawatankuasa penganjur Program N.68 Tanjong Batu Mantar Gawai 2026.

Perpaduan, Kestabilan Politik Asas Kemajuan Sarawak – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Perpaduan rakyat berbilang kaum dan kestabilan politik merupakan asas penting yang memastikan kesinambungan pembangunan Sarawak terus bergerak maju, kata Johnny Pang Leong Ming.

ADUN Tanjong Batu itu berkata, kemajuan yang dikecapi Sarawak hari ini bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil gabungan kepimpinan berwawasan, dasar kerajaan stabil serta sokongan rakyat yang mengutamakan keharmonian.

Menurut beliau, Sarawak kini berada pada kedudukan lebih kukuh dalam pelbagai sektor strategik termasuk tenaga hijau, ekonomi digital, pendidikan, kesihatan dan pembangunan infrastruktur.

“Perpaduan rakyat ialah kunci kepada kestabilan politik dan seterusnya menjadi asas kepada pembangunan yang kita nikmati hari ini. Tanpa kestabilan, kemajuan sukar untuk diteruskan,” katanya.

Johnny Pang mengetuai upacara minum Ai Pengayu pada Program N.68 Tanjong Batu Mantar Gawai 2026.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program N.68 Tanjong Batu Mantar Gawai 2026 anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Putrajaya dan Taman Tinggi di sebuah restoran di sini pada Sabtu.

Johnny Pang berkata, dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar, Sarawak perlu terus mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama selain menolak sebarang bentuk politik perpecahan.

Katanya, rakyat khususnya di kawasan Tanjong Batu perlu terus mempertahankan semangat perpaduan demi memastikan kestabilan negeri terpelihara.

“Kita memerlukan politik yang membawa pembangunan, peluang pekerjaan dan masa depan lebih baik untuk generasi muda, bukan politik kebencian,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Sarawak mampu mencapai status negeri maju, makmur dan dihormati menjelang 2030 sekiranya perpaduan rakyat terus diperkukuh.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM10,000 kepada jawatankuasa penganjur program berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU