ARTIKEL

Perpecahan merugikan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Persatuan penduduk di Ulu Baram digesa terus bekerjasama dengan ketua komuniti dan ketua kampung untuk berkhidmat dengan baik kepada masyarakat setempat.

Adun Telang Usan Dennis Ngau berkata, ini kerana matlamat utama persatuan penduduk itu ditubuhkan adalah untuk menjadi wakil dalam menyuarakan dan menyelesaikan sebarang isu yang dihadapi masyarakat.

Namun menurutnya, ada segelintir penduduk yang menggunakan persatuan penduduk untuk menentang ketua kampung dan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab sehingga berlaku perpecahan dalam kalangan mereka.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program GotongRoyong Perdana di Kampung Long Atip di Ulu Baram, barubaru ini. “Apabila kerajaan sebelum ini bersetuju dengan penubuhan persatuan penduduk, ia disebabkan untuk kepentingan masyarakat.

“Jadi, bekerjasamalah dengan ketua kampung dan ketua komuniti seperti yang anda sudah lakukan selama ini sejak ia ditubuhkan,” katanya.

Dalam pada itu, Dennis turut menyampaikan geran peruntukan kerajaan sebanyak RM2,000 kepada JKKK untuk kegunaan aktiviti penduduk setempat.

Turut hadir ialah Ketua Kaum Wilson Anyie, Pengerusi Saberkas Long Atip Federick Uyo and Pengerusi Persatuan Penduduk Long Atip Paren Lah.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU