ARTIKEL

Safiee bersama yang lain meninjau Projek Pembinaan Perpustakaan Awam Daerah Daro, semalam.

Perpustakaan Awam Daro dijangka siap Januari 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Projek Pembinaan Perpustakaan Awam Daerah Daro kini mencapai kemajuan 81.94 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2027.

Perkembangan itu dimaklumkan pada Mesyuarat Kemajuan Projek Bilangan 10 bagi Pembinaan Perpustakaan Awam Daerah Daro dan Pembinaan Pasar Tani Daerah Daro di Pejabat Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD) Cawangan Daro, di sini, semalam.

Mesyuarat dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad dan dihadiri Ketua Seksyen Kejuruteraan MDMD, Ts. Wan Amry Wan Fadillah serta wakil juruperunding dan kontraktor projek.

Mesyuarat membincangkan perkembangan semasa kedua-dua projek, penyelarasan kerja serta perkara berkaitan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

Selesai mesyuarat, Safiee turut meninjau tapak pembinaan perpustakaan bagi melihat perkembangan kerja serta menerima taklimat daripada pihak berkaitan.

Dengan kemajuan 81.94 peratus, projek berkenaan kini berada pada peringkat akhir pelaksanaan dan disasarkan siap sepenuhnya pada Januari tahun depan.

Perpustakaan itu dijangka menyediakan kemudahan pembelajaran, pembacaan dan rujukan yang lebih selesa kepada masyarakat setempat, khususnya golongan muda, selain menyokong budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.

Safiee turut menekankan kepentingan kerjasama serta pemantauan berterusan semua pihak bagi memastikan sebarang isu pelaksanaan dapat ditangani segera dan projek disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan