ARTIKEL

Perpustakaan Awam Sibu Jaya ditutup serta-merta, kakitangan positif Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Perpustakaan Awam Sibu Jaya akan ditutup serta-merta hari ini susulan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19..

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata sebentar tadi , pihaknya menerima makluman terdapat kakitangannya di Perpustakaan Sibu Jaya disahkan positif disebabkan pendedahannya kepada kontak rapat.

“Justeru, MDLBS akan menutup Perpustakaan Awam di Sibu Jaya buat sementara waktu mulai hari ini sehingga diberitahu kelak.

“Oleh itu, semua kakitangan MDLBS yang mempunyai kontak dengan individu terbabit wajib melakukan calitan hari ini juga,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU