ARTIKEL

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah mengabadikan kenangan bersama penerima geran, ketua kaum dan ahli persatuan Melanau Sarikei, di Dewan Sri Nyelong, hari ini.

Persatuan Melanau Sarikei terpilih jadi rakan strategik program JWKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI:  Persatuan Melanau Cawangan Sarikei mengorak langkah apabila terpilih sebagai rakan strategik bagi pelaksanaan program Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) melalui Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, persatuan itu akan membantu JWKS dalam mengedar dan memantau pelaksanaan program berkenaan.

“Program ini melibatkan kolaborasi antara JWKS dan rakan strategik dalam kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sarawak.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Persatuan Melanau Cawangan Sarikei kerana sudi menjadi rakan strategik bagi pelaksanaan inisiatif ini untuk bahagian Sarikei,” katanya pada majlis penyerahan geran itu di Dewan Sri Nyelong, hari ini.

Fatimah berkata, pemberian geran itu merupakan sebahagian usaha Kerajaan Sarawak untuk menyediakan peluang ekonomi kepada golongan wanita Sarawak di samping memperkasakan potensi dan keupayaan mereka.

Sehubungan itu katanya, JWKS memperuntukkan RM2.5 juta untuk menyediakan geran yang merupakan sebahagia inisiatif penting dalam melonjak taraf sosial dan ekonomi golongan itu.

“Dalam pada itu, seramai 164 orang usahawan wanita daerah ini menerima peralatan sejak awal Januari tahun ini daripada jumlah keseluruhan penerima iaitu 1,274 orang di seluruh Sarawak.

“Pada yang sama, kerajaan juga meneruskan Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KiRWAS)  dengan peruntukan berjumlah RM300,00  bagi memberi manfaat kepada 600 orang  penerima baharu seluruh Sarawak

“Ini adalah cara paling produktif bersifat jangka panjang yang disediakan untuk memperkasakan ekonomi wanita Sarawak.

Melalui pendekatan ini, mereka boleh menggunakan sepenuhnya potensi untuk menjana pendapatan sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU