ARTIKEL

Persatuan Muay Thai Terengganu anjur Jualan Amal baju-t bantu Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA TERENGGANU: Persatuan Muay Thai Terengganu dengan kerjasama Terengganu Fight (T-Fight) mengambil inisiatif mengadakan jualan amal baju-T untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

Presiden Persatuan Muay Thai Terengganu Najmi Abdullah berkata jualan baju ‘T-Fight SavePalestine’ berharga RM25 sehelai itu akan dijual secara dalam talian di laman Facebook ‘T’Fight’ bermula esok.

“Hasil keuntungan daripada jualan baju-T berkenaan akan disumbangkan sepenuhnya kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berkredibiliti serta berpengalaman dalam menyalurkan bantuan kepada Palestin.

“Kami mengambil insiatif ini kerana melihat semangat juang rakyat Palestin yang teguh mempertahankan tanah air mereka,” katanya selepas majlis pelancaran baju-T-Fight X Save Palestine, di sini semalam.

Najmi berkata pihaknya menyasarkan untuk menjual 50,000 helai baju-T dalam tempoh dua minggu untuk mendapatkan dana sebanyak RM250,000 untuk disalur segera kepada rakyat Palestin.

“Usaha ini semata-mata untuk rakyat Palestin. Kita cetak baju bermodalkan RM20 dan jual dengan harga RM25, jadi keuntungan yang diperoleh sebanyak RM5 itu kita akan serah semua kepada tabung Palestin.

“Simbolik pemakaian baju-T yang bertulis ‘Save Palestine’ ini adalah sebagai tanda solidariti dan protes rakyat bagi membantah kekejaman dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin,” katanya.- BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim