ARTIKEL

HEBAHAN... Setiausaha Agung PPKS Subri Aman.

Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS) laksana Mesyuarat Agung Tahunan Ke-51 Sabtu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS) bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-51 bertempat di Hotel Dormani, Sabtu ini (19 April).

PPKS dalam satu kenyataan berkata, seramai 150 orang perwakilan dari seluruh Sarawak akan hadir pada majlis tersebut.

Setiausaha Agung PPKS, Subri Aman berkata mesyuarat itu bertujuan mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2025-2028.

“Pada mesyuarat tersebut, beberapa usul akan dibentangkan termasuk agenda menubuhkan Tabung Khairat Kematian dan Kebajikan,” katanya.

PPKS menegaskan bahawa mesyuarat tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Sejurus selepas mesyuarat tamat, PPKS turut mengesahkan akan mengadakan majlis makan malam yang turut berlangsung di hotel yang sama pada sebelah malam.

Majlis makan malam itu dijangka akan dihadiri oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan