ARTIKEL

Dr Sim berucap dalam Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-75 Persatuan Chan Tian di sini, malam tadi. | UKAS

Persatuan turut berperanan jadikan Sarawak sejahtera dan progresfi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perpaduan masyarakat, penekanan terhadap pendidikan serta pengukuhan budaya kekitaan menjadi tunjang dalam usaha mengekalkan Sarawak sebagai wilayah yang sejahtera dan progresif.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, nilai-nilai tersebut dapat terus diperkembangkan melalui pelibatan aktif masyarakat dalam persatuan yang menjadi lambang kekuatan komuniti serta usaha mengekalkan jati diri dan nilai tradisi yang menjadi asas pembentukan masyarakat.

Dr Sim bersama tetamu kehormat merakam kenangan dalam Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-75 Persatuan Chan Tian di sini, malam tadi. | UKAS
Dr Sim menerima cenderahati dalam Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-75 Persatuan Chan Tian di sini, malam tadi. | UKAS

“Contohnya, Persatuan Chan Tian merupakan tiang seri dalam membina masyarakat yang bersatu, selain berperanan sebagai wadah penting dalam memelihara nilai budaya dan semangat saling menghormati yang diwarisi turun-temurun.

“Persatuan adalah tiang perpaduan kita.

Dr Sim bersama tetamu kehormat merakam kenangan dalam Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-75 Persatuan Chan Tian di sini, malam tadi. | UKAS
Dr Sim menyerahkan insentif kepada pelajar. | UKAS

Amalan menghormati warga emas, nilai-nilai bersama, dan semangat kekitaan adalah sebahagian daripada asas kita,” katanya semasa berucap dalam Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-75 Persatuan Chan Tian di sini, malam tadi.

Menurutnya, Persatuan Belia Cina juga memainkan peranan penting dalam usaha pembinaan negara.

Dr Sim menyampaikan sumbangan angpau kepada warga emas sebagai tanda penghargaan. | UKAS
Dr Sim menyampaikan sumbangan angpau kepada warga emas sebagai tanda penghargaan. | UKAS

Mengulas mengenai pendidikan, tiada lagi alasan untuk tidak menimba ilmu, sebaliknya masyarakat harus menggalakkan generasi muda agar tekun belajar dan berusaha mencapai kejayaan.

“Pendidikan sangat penting kerana generasi mudalah harapan dan masa depan kita.

Dr Sim menyampaikan sumbangan angpau kepada warga emas sebagai tanda penghargaan. | UKAS

Merekalah yang akan mewarisi serta meneruskan budaya kita, selain membantu membina Sarawak yang lebih baik.

“Jika kita gagal mendidik mereka dengan baik, maka bersedialah dengan akibatnya, mungkin kita akan dihantar ke rumah orang tua, atau lebih buruk lagi, mereka akan ke luar negara dan tidak kembali,” ujarnya.

Dalam majlis tersebut, Dr Sim turut menyampaikan insentif kepada 12 pelajar sekolah rendah, 16 pelajar sekolah menengah dan 15 pelajar universiti sebagai galakan kepada mereka untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan.

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU