ARTIKEL

Persiapan Arsenal lancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JURULATIH Arsenal, Mikel Arteta meluahkan rasa puas hati dengan proses perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) berjalan dengan lancar.

Kepantasan itu membolehkan The Gunners memantapkan pasukan menerusi pembelian tiga pemain baru-baru ini.

Arsenal mengikat Declan Rice dari West Ham United dengan nilai 105 juta pound (RM623 juta) Sabtu lalu.

Pemain tengah England itu yang ketiga ditandatangani selepas mendapatkan Kai Havertz dan Jurrien Timber.

“Rasa puas hati. Kami berjaya mendapatkan pemain yang kami mahu.

“Kami tandatangani mereka awal dan mereka boleh menyesuaikan diri dengan pantas.

“Mereka pula mempunyai peluang terbaik untuk mempamerkan kebolehan sebenar,” katanya.

Menurut Arteta, kepantasan proses dan urusan pembelian pemain pada jendela perpindahan ketika ini memberi mereka lebih masa untuk bersiap sedia.

“Setiap pemain baharu memberi keistimewaan kepada pasukan,” katanya.

Arsenal dijadualkan memulakan musim baharu di tempat sendiri dengan menentang Nottingham Forest pada 12 Ogos.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU