ARTIKEL

Pasukan keselamatan melakukan persiapan sebelum memulakan latihan simulasi di tebingan sungai Sarikei.

Persiapan rapi pasukan keselamatan hadapi Monson Timur Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Pasukan keselamatan melakukan persiapan rapi untuk menghadapi Monson Timur Laut, memandangkan perubahan cuaca yang semakin sukar diramal dan boleh mendatangkan risiko bencana seperti banjir besar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, persediaan meliputi latihan simulasi menyelamat selain memastikan kelengkapan logistik berfungsi dengan sempurna.

Menurutnya, pihaknya juga mengenalpasti lokasi yang berisiko bagi memudahkan tindakan awal jika berlaku bencana.

“Operasi penyelamatan boleh terjejas tanpa persediaan rapi dalam semua aspek berkaitan.

“Ia termasuk program latihan membabitkan penyelamatan di air bersama dalam usaha memenuhi keperluan tersebut,” katanya kepada media hari ini.

Program simulasi yang bermula jam 9 pagi itu disertai 60 anggota penyelamat yang mewakili pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan (Rela), Lembaga Sungai – sungai Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Kerjasama yang terjalin berupaya meningkatkan keupayaan aset dan penyampaian perkhidmatan agensi yang berkaitan kepada masyarakat,” tambahnya.

Baru-baru ini MetMalaysia dalam satu kenyataan menjangkakan MTL atau musim tengkujuh di Malaysia bermula pada Sabtu (11 Nov) lepas.

Keadaan itu dijangka berterusan hingga Mac depan, dengan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU