ARTIKEL

Perjanjian Malaysia 1963, MA63, PERANTIS, NGO Sarawak, Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak, PERANTIS, Persatuan Masyarakat Salako dan Rara Sarawak, PERASA, Raban Semadak Borneo Brotherhood, Persatuan Kebajikan Persaudaraan Sahabat Miri @ Kaban Menyadi, kerusi Parlimen
Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia.

Persidangan Dewan Rakyat: Fokus kepada IPCC dan ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pencapaian Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan langkah strategik yang diambil Malaysia sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024 dan menjelaskan fungsi IPCC, Police, Friends and Collaborators (IPFC) pada sesi soal jawab lisan.

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) pula meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah strategik yang diambil Malaysia sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dalam mencapai tiga strategi yang ditetapkan iaitu pengukuhan rantaian nilai serantau, pengukuhan asas negara anggota serta penyelarasan dan penyusunan semula ekonomi negara-negara ASEAN.

Sementara itu, Cha Kee Chin (PH-Rasah) bertanyakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai berapakah jumlah subsidi yang telah dibelanjakan untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) sepanjang 2024.

Beliau juga ingin tahu sama ada kementerian bersedia untuk meningkatkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak paket bersubsidi di pasaran runcit memandangkan kerap kali terdapat rungutan mengenai masalah kekurangan bekalan.

Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan