ARTIKEL

Pertahankan adat dan budaya kaum Penan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONG LAMA: Pesta Kebudayaan Penan bakal dijadikan acara tahunan yang harus diraikan oleh semua masyarakat Penan mulai tahun ini.

Pegawai Daerah Telang Usan Ezra Uda berkata, usaha ini adalah untuk mengangkat semula budaya dan adat tradisi kaum Penan yang semakin hilang.

“Budaya dan adat resam adalah satu warisan yang sangat bernilai dan perlu dipelihara oleh kaum Penan.

“Ini kerana kita bukan sahaja hidup dengan adat dan tradisi ini sejak kecil malah merupakan harta paling berharga peninggalan nenek moyang kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pesta Kebudayaan Penan di Long Kevok, di sini hari ini.

Menurutnya, kaum Penan perlu menonjol dan berani mengetengahkan adat dan budaya mereka agar terus dikenali dan diingati oleh masyarakat di luar.

Dengan keunikan dan kepelbagaian adat dan budaya kaum Penan, katanya ia secara tidak langsung dapat memberi manfaat dalam pertumbuhan ekonomi masyarakat kerana menjadi salah satu tarikan pelancong.

“Kita memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya ketua-ketua kaum agar terus proaktif dalam memelihara warisan budaya Penan.

“Ini kerana budaya dan adat resam melambangkan identiti kita sendiri,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, pesta ini merupakan anjuran Pejabat Daerah Telang Usan dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB),Petronas (SSGP), Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Fastart Sdn Bhd, Sri Sawit Sdn Bhd dan Jawatankuasa Kampung Long Kevok.

Ezra berdiri (tengah )selepas merasmikan Pesta Kebudayaan Penan

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu