ARTIKEL

Pertahankan budaya sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seawal jam 5 pagi kebiasaannya Bapa Kaul akan mempersiapkan diri sebelum menaiki bot menyusuri Sungai Tellian diiringi penduduk kampung dengan persembahan muzik tradisional Melanau sepanjang perjalanan.

Tujuannya adalah untuk membawa “Serahang” untuk menjamu “Ipok” dengan harapan segala urusan kerja di laut dan hutan berjalan lancar.

Begitulah rutin tahunan setiap kali diadakan upacara tradisi masyarakat Melanau di Mukah, iaitu Kaul Tugek.

Tradisi utama ini melambangkan keramaian bagi masyarakat Melanau berhimpun sambil menjamu selera, mengikut pantang sejak sekian lama.

Tahun ini setelah 13 bulan virus Covid-19 melanda, Kaul Mukah tidak diadakan bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Sebaliknya hanya upacara penting iaitu “Mengakan Kala” dilaksanakan mengikut garis panduan SOP yang ditetapkan dan beberapa individu penting sahaja dibenarkan hadir serta dilakukan secara tertutup.

Suara Sarawak berkesempatan menyaksikan sendiri upacara ritual berkenaan yang kali ini keadaan suasana begitu sunyi berbanding penganjuran sebelumnya di Tapak Kala Serahang Kakan Mukah.

Bagi Edmund Salman Tuna, 61, yang lebih 20 tahun sebagai Bapa Kaul mengakui upacara yang tahun ini bagi mendapatkan keberkatan agar dijauhi daripada Covid-19.

“Tahun lalu kita tidak lakukan upacara ini.

Tetapi kali ini kita akan hantar Serahang dan tidak melibatkan ramai pihak.

Kita hanya hadir untuk menjamu kala sahaja bagi menolak bala.

“Jika kaul sebenar akan ada pikulan “saneng” atau gong semasa membawa “serahang” sambil didirikan.

Namun kali ini upacara perlu dilakukan sebab ia akan memberi rezeki kepada kita khasnya dari segi tangkapan hasil laut,” katanya.

Ketika ditemui beliau sedang menyiapkan serahang di rumahnya bersama-sama rakannya Joohnny Anthony, 35.

Mencerita lanjut, Edmund mengakui adat tradisi Melanau mesti dipertahankan, namun kerana Covid-19 keadaan tidak mengizinkan semua orang berkumpul.

“Sebagai Bapa Kaul kita juga memohon Ipok agar menghindarkan kita daripada virus ini dan dunia kembali seperti biasa.

“Jadi kepada semua penduduk khasnya di Kampung Tellian, saya berharap mereka faham dengan situasi ini.

“Penduduk kampung boleh mengadakan jamuan makan sederhana di hadapan rumah mereka mengikut SOP.

“Selepas menghantar serahang ini, kita memang akan balik terus… sebelum itu jamuan sederhana akan dibuat,” katanya lagi.

Menurutnya kali ini hanya Bapa Kaul, ketua kampung, dan pemandu bot turut serta ke pantai bagi menghantar Serahang seawal jam 7 pagi menyusuri Sungai Tellian, tiada muzik dan gong akan dimainkan, serahang
tidak akan didirikan di dalam bot dan hanya suasana enjin bot akan kedengaran.

Oleh itu, Edmund berharap tahun hadapan Kaul Mukah dapat diraikan dengan lebih meriah kerana ia satu identiti dan tradisi masyarakat Melanau.

“Walau apa-apa pun keadaan, kita mesti berusaha menjaga budaya kita sendiri daripada kita menyanjung budaya orang lain.

“Semoga adat Kaul dan adat Melanau ini dikekalkan sehingga ke anak cucu suatu hari nanti,” katanya lagi.

Edmund turut berharap selepas upacara berkenaan, segala rezeki bagi semua penduduk Mukah bertambah murah dan urus harian dipermudahkan.

“Dengan upacara ini kita dapat buang bala segala penyakit yang datang, nelayan dapat mendapat tangkapan lumayan, pekebun
rumbia dipermudahkan semua,” ujarnya.

Bapa Kaul ini menambah, Serahang yang dihasilkannya merupakan alat yang mesti ada setiap kali kaul dilaksanakan.

Ia adalah sebuah raga yang besar untuk dipersembahkan kepada Ipok dengan pelbagai makanan diletakkan di dalamnya.

Antaranya bubur kacang hijau, nasi kunyit, penyaram dan sebagainya, namun makanan
berdarah tidak dibenarkan.

Pada hari tersebut, Edmund membawa sendiri serahang berkenaan dari bot yang dinaikinya di Tapak Kala Serahang Kakan, sebelum upacara ritual dilakukan, termasuk menuju ke kawasan pantai berdekatan bagi memberkati pantai dengan membaca mantera, seterusnya menabur beras kuning.

Akhir sekali jamuan sederhana dilakukan sebagai syarat adat Melanau bagi melengkapkan upacara ritual.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU