ARTIKEL

PENGERUSI... Mohd. Muazzam.

Pertandingan Karom Beregu Terbuka 2025: Wang tunai keseluruhan RM4,800 menanti pemenang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh karom di seluruh Sarawak dipelawa menyertai Pertandingan Karom Beregu Terbuka 2025 yang dijadualkan berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Tunku, Petra Jaya pada 21 Disember ini.

Pengerusi Pertandingan, Mohd. Muazzam Mohd. Mahli berkata pertandingan anjuran Kelab Karom P’Mai itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM4,800.

Juara dan naib juara masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Sementara itu, dua beregu yang tewas pada peringkat separuh akhir akan menerima wang tunai RM500 selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Menurut Muazzam, hadiah wang tunai RM200 turut disediakan bagi pemenang tempat kelima hingga kelapan.

“Pihak kami menyeru individu yang berminat agar segera menyertai pertandingan ini memandangkan ia menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan.

“Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi saya di talian 019-7070436, Zuresh di talian 01116493110 atau Qaz di talian 01123443321,” ujar Muazzam kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menambah bahawa yuran pendaftaran bagi setiap penyertaan ditetapkan sebanyak RM80.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU