ARTIKEL

Dr. Md. Yusof menyampaikan ceramah umum “Agriculture Malaysia 2050” anjuran Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) baru-baru ini.

Pertanian Bernilai Tinggi Kunci Jaminan Makanan Negara 2050

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Malaysia perlu melakukan transformasi besar dalam sektor pertanian bagi memastikan keterjaminan makanan negara menjelang 2050, kata tokoh pertanian negara Dr. Md. Yusof Husin.

Beliau berkata perubahan iklim dan kemunculan teknologi moden bakal mengubah landskap pertanian global, sekali gus menuntut negara mempercepat adaptasi terhadap kaedah baharu.

Dr. Md. Yusof merakamkan gambar bersama para peserta yang menghadiri ceramah umum anjuran Universiti Putra Malaysia Sarawak.

“Teknologi seperti robot pertanian, aeroponik, daging makmal dan protein alternatif akan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pertanian negara,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum bertajuk “Agriculture Malaysia 2050” anjuran Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) baru-baru ini.

Menurut Dr. Md. Yusof, konsep Pertanian Bernilai Tinggi (HVF) mampu menjadi pemacu baharu sektor pertanian negara dengan potensi pulangan sehingga RM1 juta sehektar dalam tempoh 10 tahun.

“Tanaman bernilai tinggi seperti durian, kelapa, nanas, halia, vanila, strawberi, mangga, orkid, pisang dan buah tin boleh menjadikan tanah petani sebagai aset berharga sekiranya digabungkan dengan teknologi moden, teknik pintar dan inovasi produk,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Hexagon Green Sdn. Bhd. dan Hexagon Green Biotech Sdn. Bhd. menambah, sistem pemasaran yang tersusun serta penambahan nilai hasil pertanian mampu meningkatkan daya saing dan menarik minat generasi muda untuk menceburi bidang ini.

Dengan pengalaman luas termasuk pernah menjadi Dekan Fakulti Pertanian UPM (Serdang) dan Provos UPM Kampus Bintulu, beliau menegaskan Malaysia berpotensi menjadi peneraju pertanian moden di rantau ini.

“Untuk merealisasikan aspirasi ini, semua pihak perlu berganding bahu agar pertanian negara bukan sahaja lebih mampan, tetapi turut menjamin pendapatan lebih lumayan kepada petani,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU