ARTIKEL

Gambar Hiasan

Pertingkat produktiviti sawit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneliti mekanisme pelaksanaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 3.0 agar lebih menyeluruh dan memberi impak maksimum kepada pekebun kecil persendirian (PKP).

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata usaha itu dijangka dapat meningkatkan kadar tanam semula serta produktiviti sawit negara.

Pada masa sama, KPK juga berusaha untuk menambah baik pelaksanaan aktiviti tanam semula sawit bagi jangka panjang agar terus relevan untuk dijalankan oleh semua peringkat pemain industri terutama kepada PKP.

“KPK sentiasa memberi keutamaan kepada PKP dengan memperkenalkan TSPKS 2.0 pada 2024 bagi membantu meringankan beban kewangan mereka (terbabit) di seluruh Malaysia dalam melaksanakan program tanam semula sawit,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang UndangUndang Perbekalan (Belanjawan 2026) peringkat dasar bagi KPK di Dewan Rakyat semalam.

Selain itu, Johari berkata KPK telah mengemukakan permohonan berkaitan Skim Insentif Pembiayaan TSPKS kepada Kementerian Kewangan (MoF) yang kini masih dalam pertimbangan.

Bagi memperkasa aktiviti tanam semula sawit pada 2026, beliau berkata dana berjumlah RM100 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, melibatkan kadar pembiayaan tanam semula masing-masing RM14,000 setiap hektar di Semenanjung Malaysia dan RM18,000 setiap hektar di Sabah dan Sarawak.

Daripada jumlah peruntukan  itu, KPK menyasarkan sebanyak 5,900 hektar terlibat dengan aktiviti tanam semula dengan anggaran sebanyak 1,500 PKP akan menerima manfaat, katanya.

“Mekanisme ini mudah dilaksanakan dan diterima baik PKP sejak dilaksanakan 2024. Penambahbaikan skim ini akan terus dilaksanakan KPK dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan PKP terus terpelihara,” katanya.

Menyentuh pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG), Johari berkata langkah itu telah memberi manfaat kepada 252,069 pekebun kecil dengan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM530 juta sehingga kini.

Bagi tahun ini dan 2026, beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM171 juta setahun bagi pelaksanaan program IPG. Johari berkata KPK juga di peringkat akhir penyediaan cadangan penambahbaikan IPG kepada bentuk insentif berasaskan produktiviti.

“Melalui cadangan baharu ini, pekebun kecil yang mengeluarkan getah akan terus menerima insentif pengeluaran seperti sedia ada dengan tambahan insentif produktiviti sekiranya mereka mencapai tahap pengeluaran yang ditetapkan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha