KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat dan Penyelarasan Petroleum (PACC) keempat menjadi platform strategik untuk meneliti, menyelaras dan menyatukan perkara-perkara berkaitan petroleum.
Pada masa yang sama, ia juga memastikan kerjasama lebih kukuh antara Kerajaan Negeri dengan PETROS sebagai pusat sehenti pengurusan teknikal, komersial, perancangan dan pelaksanaan industri minyak dan gas di Sarawak.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan serta Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, hari ini.
Sehubungan itu, mesyuarat ini turut mengukuhkan komitmen kerajaan negeri untuk mempertingkatkan tadbir urus serta pengurusan sumber minyak dan gas.
Selain itu, ia juga menekankan kepentingan pembangunan mampan dan pertumbuhan industri di Sarawak.
Justeru, pada masa hadapan, PACC akan terus berperanan sebagai platform kerjasama untuk memastikan agenda minyak dan gas negeri diurus secara berkesan serta selaras dengan aspirasi sosioekonomi jangka panjang Sarawak.

