ARTIKEL

HC Chan | BERNAMA

Pertumbuhan jualan Sunway Malls atasi pencapaian 2022

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sunway Malls mencatatkan pertumbuhan jualan yang cemerlang 5.0 peratus tahun ke tahun bagi tahun fiskal 2023, mengatasi prestasi yang dicatatkan pada 2022.

Pencapaian itu disokong pertumbuhan dua angka Sunway Carnival, daya tahan restoran dan perbelanjaan pada musim perayaan yang mantap pada suku pertama 2023 di semua Sunway Malls, katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata prestasi jualan suku pertama kumpulan pusat beli-belah itu melebihi jangkaan dengan pertumbuhan ketara sebanyak 19 peratus tahun ke tahun sebelum ia menyederhana pada suku berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks HC Chan berkata prestasi suku pertama Sunway Malls yang kukuh memberikan penampan yang besar untuk mengurangkan penyederhanaan pada suku berikutnya.

“Sepanjang 2023, perniagaan dan pengguna menghadapi cabaran kos yang meningkat sepanjang 2023 disebabkan inflasi dan ringgit yang lebih lemah akibat kenaikan agresif kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

“Walau bagaimanapun, Sunway Mall berupaya mengharungi cabaran landskap perniagaan dan kesan asas yang tinggi itu pada 2022 untuk mencapai pertumbuhan 5.0 peratus yang membanggakan,” katanya.

Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh prestasi tinggi subsektor pelancongan, kesihatan dan penjagaan diri, serta hiburan. Subsektor runcit F&B dan fesyen juga menunjukkan daya tahan dan sokongan.

Beliau berkata subsektor berkaitan pelancongan mengalami pertumbuhan tertinggi 28 peratus tahun ke tahun, subsektor hiburan mencapai kenaikan 15 peratus, manakala permintaan bagi kesihatan dan penjagaan diri meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tahun sebelum itu.

Peruncitan fesyen naik lima peratus, disokong permintaan yang kukuh semasa tempoh perayaan, manakala bagi kategori F&B, prestasi restorannya menunjukkan pertumbuhan lima peratus yang luar biasa walaupun inflasi berterusan dalam makanan dan minuman bukan alkohol, katanya.

Pencapaian F&B itu menjadikannya sebagai salah satu daripada 20 kategori jualan teratas di Sunway Malls, mencerminkan penguasaan F&B yang semakin meningkat dengan menduduki 25-30 peratus daripada jumlah kawasan yang boleh disewakan.

Untuk kekal berdaya saing dan menyediakan ruang runcit yang berkualiti, Sunway Malls sedang melaksanakan Inisiatif Peningkatan Aset (AEI) dengan peruntukan RM550 juta untuk menyediakan 800,000 kaki persegi ruang runcit di Sunway Pyramid dan Sunway Carnival, dengan pelaburan masing-masing RM200 juta dan RM350 juta.

“Ruang runcit yang berkualiti akan membolehkan Sunway Malls memenuhi pelbagai tawaran baharu termasuk tawaran yang lebih mesra Muslim,” kata Chan.

Sebagai tambahan kepada AEI, Sunway sedang membina dua pusat beli-belah baharu, iaitu Sunway Square di Sunway City Kuala Lumpur (jangka siap akhir 2024) dan Sunway Ipoh Mall di Sunway City Ipoh (jangka siap 2026), mengukuhkan lagi komitmennya untuk menyediakan kualiti ruang runcit.

Mengakui cabaran utama pada tahun 2024, termasuk kenaikan cukai, cukai baharu, penarikan semula subsidi, kenaikan tarif, inflasi berterusan dan ketegangan geopolitik, Sunway Malls bagaimanapun kekal optimistik dan meramalkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2024, sejajar dengan potensi pemulihan permintaan luar.

“Kami melihat ini sebagai sebahagian daripada normalisasi pertumbuhan ke arah tahap yang lebih mampan,” kata Chan. – BERNAMA

BERITA LAIN

RECODA pamer potensi Taman Perindustrian Samalaju

KUALA LUMPUR: Agensi Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) mengetengahkan ikonik Taman Perindustrian Samalaju (SIP) Sarawak pada Ekspo Taman Perindustrian Pelaburan Selangor (SPARK) 2024. Penyertaan tersebut menekankan

BERITA TERBARU