ARTIKEL

ADUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang.

Peruntukan Khusus Diperlukan Percepat Pengukuran Tanah NCR Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peruntukan khusus perlu disediakan bagi mempercepat pelaksanaan kerja-kerja pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di seluruh Sarawak, khususnya Bahagian Kapit yang masih mempunyai kawasan tanah NCR yang luas.

ADUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang berkata, isu berkenaan kekal menjadi perkara penting kepada rakyat Sarawak terutama komuniti luar bandar.

“Belanjawan Persekutuan 2025 secara jelas memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk pengukuran tanah NCR di Sarawak, namun Belanjawan Persekutuan 2026 tidak menyatakan secara khusus sebarang peruntukan untuk tujuan berkenaan.

“Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Sarawak mempertimbangkan untuk memperuntukkan sebahagian daripada RM6 bilion peruntukan pembangunan Persekutuan 2026 bagi mempercepat kerja-kerja pengukuran tanah NCR di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, Kerajaan Sarawak juga dicadang memperuntukkan dana khusus daripada belanjawan pembangunan 2026 bagi tujuan tersebut sebagai pelengkap kepada bantuan Kerajaan Persekutuan sekiranya ada.

“Bahagian Kapit khususnya memerlukan peruntukan lebih besar memandangkan tanah NCR di kawasan itu sangat luas, selain masih banyak tanah yang belum diukur dan didokumentasikan dengan sempurna.

“Ini bukan sekadar urusan pentadbiran, sebaliknya melibatkan kepastian dari sudut perundangan, perlindungan hak adat bumiputera, keselamatan sosioekonomi serta perancangan pembangunan jangka panjang masyarakat luar bandar.

“Perkara ini amat penting bagi memastikan hak masyarakat tempatan terus terpelihara dan pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun serta mampan,” jelasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU