ARTIKEL

Habsah dan Siti Nurhaliza bercakap kepada pemberita selepas majlis AIM25. | Foto: Haziq Anwar

Pesanan Pada Diri lahir daripada renungan kehidupan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ada ketika manusia diuji dengan kehilangan dan kesedihan, namun kehidupan tetap perlu diteruskan; mesej itulah yang cuba disampaikan oleh Datuk Habsah Hassan menerusi lirik “Pesanan Pada Diri” yang dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25.

Habsah menjelaskan, karya ciptaan Aubrey Suwito itu bukan sekadar ditujukan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi, sebaliknya menjadi pesanan untuk dirinya sendiri dan semua pendengar.

“Saya fikir lagu ini untuk kita semua, untuk diri saya, untuk Datuk Siti dan untuk penonton kita.”

“Kehidupan ini tidak ada yang kekal; ada masa bahagia, ada masa gembira dan apabila tiba masa berduka, kita pasti akan ada yang tertinggal, ada yang meninggal dan ada yang ditinggalkan,” katanya pada sidang media selepas anugerah itu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam tadi.

Menurutnya, manusia tidak seharusnya terlalu lama bersedih, sebaliknya perlu bersedia menghadapi setiap ketentuan hidup dan meneruskan perjalanan.

Siti Nurhaliza pula berkata, “Pesanan Pada Diri” segera menarik perhatiannya ketika menerima melodi daripada Aubrey kerana mempunyai keistimewaan tersendiri, selain kekuatan lirik Habsah.

“Saya terus tidak fikir panjang sebab saya rasa dia memang ada keistimewaan dan keunikannya tersendiri, lebih-lebih lagi lirik yang sangat kuat daripada Datuk Habsah Hassan,” jelasnya.

Penyanyi itu mengakui turut berasa sayu dan sebak ketika menyampaikan lagu berkenaan kerana mesejnya begitu dekat dengan kehidupan manusia.

Katanya, kekuatan karya itu terletak pada gabungan melodi Aubrey dan lirik Habsah yang berjaya membawa mesej bahawa kehidupan tidak selamanya indah dan tidak juga sentiasa diselubungi kesedihan.

Habsah berkata, proses menghasilkan lirik bermula selepas Aubrey menghantar melodi kepadanya, sebelum beliau mengulang dengar lagu itu berkali-kali sehingga benar-benar menghayatinya.

“Salah satu lagu mesti datang daripada jiwa, baru boleh menyentuh jiwa,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU