ARTIKEL

Pesara SEB cedera disamun dua lelaki tidak dikenali di Simanggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Seorang pesara Sarawak Energy Berhad (SEB) diserang dan disamun dua lelaki yang tidak dikenali ketika memancing di Jalan Entulang-Bungkang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Bing Kok John memberitahu, insiden tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 60 tahun mengalami luka dan bengkak di bahagian belakang leher.
“Lebih teruk, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bewarna perak miliknya turut dilarikan bersama kad pengenalan, kad bank dan wang tunai sekitar RM200.
“Dalam kejadian sekitar 4:00 petang itu, mangsa dipercayai diserang oleh dua lelaki berbangsa Iban yang bertindak memukulnya dengan kuat menggunakan benda keras sehingga menyebabkannya jatuh ke dalam parit,” katanya di sini, hari ini.
Menurut keterangan mangsa jelasnya, suspek yang memukulnya dilihat berbadan gempal menggunakan seluar pendek, berambut panjang paras bahu.
“Sementara seorang lagi suspek berbadan tinggi dan menggunakan topi kebun ketika kejadian telah melarikan kenderaan milik mangsa dan memandunya lari menuju ke arah Taman Harmoni.
“Mangsa bagaimanapun mengaku tidak melihat dengan jelas wajah kedua-dua suspek ekoran kejadian berlaku dengan cepat.
Bing Kok menyeru orang ramai yang terlihat insiden tersebut diharap tampil membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan