ARTIKEL

Pesara tentera antara dicekup lalok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dadah yang dirampas daripada suspek menerusi serbuan yang dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam di sebuah rumah di Jalan Sin San Tu, Batu Kawa.

PADAWAN: Tujuh lelaki termasuk seorang pesara tentera dicekup ketika sedang lalok  di sebuah rumah di Jalan Sin San Tu, Batu Kawa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kesemua suspek ditangkap dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Katanya pemeriksaan ke atas tiga daripada suspek termasuk pesara tentera terbabit menjumpai dadah jenis syabu seberat 37.07 gram dianggarkan bernilai RM3,707 dan pil erimin seberat 0.77 gram bernilai RM45.

Menjelas lanjut, beliau berkata seorang daripada suspek berusia 29 tahun mengaku dadah itu miliknya dan telah terlibat dengan penagihan dadah sejak hujung tahun 2020.

Bagaimanapun, katanya keputusan ujian saringan awal polis mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek mendapat bekalan dadah secara transaksi bank dan dikutip di kawasan MJC Batu Kawa,” katanya sambil menambah suspek turut mempunyai tiga kesalahan lampau berkaitan dadah di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Manakala, Abang Zainal berkata pesara tentera berusia 54 tahun dan menganggur itu mengaku dadah yang dirampas darinya baru sahaja diperolehi lima hari lepas.

“Suspek terlibat dengan pengedaran dadah sejak tahun 2002 serta mendapat bekalan dadah secara transaksi bank dan dikutip di kawasan BDC dan Batu 3, Kuching,” katanya .

Beliau berkata suspek turut didapati positif Amphetamine, Methamphetamine dan mempunyai tiga kesalahan lampau di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara, Abang Zainal berkata suspek ketiga berusia 34 tahun yang juga penganggur, turut mengaku dadah yang dirampas adalah miliknya dan terlibat dengan penagihan dadah sejak 2021 serta mendapat bekalan secara transaksi bank dan akan mengutip bekalan di kawasan Stapok dan MJC Batu Kawa.

Katanya suspek juga dikesan positif Amphetamine dan Methamphetamine serta mempunyai satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Dalam pada itu, Abang Zainal berkata pemeriksaan ke atas empat lagi suspek berusia 60, 54, 36 dan 18 tahun yang semuanya penganggur mendapati mereka tidak memiliki sebarang dadah.

Namun, katanya dua daripada suspek negatif manakala suspek berusia 36 dan 18 tahun positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Beliau berkata kesemua suspek telah dipohon reman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 serta Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU